BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kalo kamu kawan sayer,klik2 la hokey

Saturday, March 19, 2011

Maya Karin dan Remy Ishak berduet untuk CUN

syok ape tengok dorang.he3


Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu 
Engkaulah Yang Aku Mahu  

Hanya Ingin Bersamamu…  
Hanya Ingin Bersama Kamu….

...............................................................................................

Filem "CUN" mengisahkan kisah pertemuan dua insan yang berlainan latar belakang, Luna Latisya, seorang pengacara rancangan gossip paling popular, MELETOPS!, telah tangkap kantoi teman lelakinya sendiri, Ryan Hidayat, dengan disaksikan oleh rakaman kamera TV seluruh malaysia. Insiden itu telah mendapat liputan luas media hingga kisah percintaan mereka menjadi kontroversi.


Luna yang terlalu kecewa membawa diri ke sebuah kampung pedalaman milik pembantu peribadinya Tom. Di kampung , Luna bertemu dengan seorang lelaki kampung bernama Atan. Pada mulanya, mereka saling membenci sesama sendiri. Berbagai kejadian lucu yang dilakukan oleh Atan terhadap Luna begitu juga tindak balas Luna terhadap Atan yang melibatkan seluruh keluarga Atan begitu gembira dengan kehadiran Luna. Adik Atan bernama Manis sebagai kanak-kanak istimewa sangat menyayangi Luna kerana dia merasakan kasih sayang yang diberikan oleh Luna terhadapnya sangat berbeza. Begitu juga dengan ahli keluarga Atan yang lain seperti Tok Chah serta adik bongsu Atan bernama Putat sangat menyukai Luna. Namun begitu, dalam keadaan Luna Latisya cuba melarikan diri dari gossip di ibukota, kini dia berdepan dengan gossip yang lebih dahsyat di kalangan masyarakat kampung pulak yang dicetuskan oleh seorang diva kampung bernama Bedah Tonggek dan pengikut setianya Eton Gebu hingga menimbulkan pelbagai kekecohan seluruh kampung dengan menggosipkan hubungan sulit Luna dengan Atan. Saksikan bagaimanakah Luna Latisya dan Atan berusaha untuk menjalin percintaan dalam suasana yang penuh kacau bilau itu, tambahan pula Luna masih menjadi buruan penerbit nya Candy yang mahukan Luna kembali meneruskan kerjayanya sebagai pengacara sebagai sasaran untuk mempertingkatkan populariti rancangan MELETOPS!

Apakah yang terjadi kepada kisah cinta sensasi Luna dan Atan? Saksi kan CUN di pawagam pada 31 march 2011 di pawagam seluruh Malaysia


 





0 lovely comments: