BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kalo kamu kawan sayer,klik2 la hokey

Showing posts with label email. Show all posts
Showing posts with label email. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Creative Art Using Sleeping Baby











Thursday, January 1, 2009

email from yana


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung ..... Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;





Suami : Ini dah melampau.Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

.

Isteri : Saya pun sama juga,gunakan telefon tempat saya bekerja.

.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja.Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

.

Bibik (org gaji) : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja ... Sama juga dengan saya !!!

.

penajara pudu..

email ni sy terima dari fara a.k.a suzana...sblm korang baca,tarik nafas panjang2 tau!..


sebab sebab penjara pudu ditutup..... .

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

.

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

.

udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... ..... Tahniah kerana minat membaca.

.

Sunday, December 28, 2008

layan....zassss..

he3..sy ni mmg slalu copy n paste email dr YANA utk dikongsi ngan korang sume kan.xkesah la sape yg email kan utk YANA.yg ptg,sy terima dari cik YANA.he3..kali ni,sy terima email yg agak lucu plak.tp lau korang sume bc,tahla korang rs citer ni lawak ke tak.he3..so,jom sm2 kite baca dan hayati :)

Funny Myspace Comments


~kesah PAK PANDIR ~

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur,

"Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis,

"Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri.

"Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.

Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..

Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun

Kerani : Di faks ini ada setem.....

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

pak pandir: mak andih.. oo mak andih..

mak andih : ya bang.. awat nya?

pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas ktdapoq tu..

mak andih : pisang tak masak lagi bang..

pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?

mak andih : ????

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ..."

.Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...

"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir:

"Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."

.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...

"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager :

"Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager :

"Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir :

"Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

Tuesday, December 23, 2008

again from yana :)

email ni besh bangat.tersentuh ati...

Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

''Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lamgi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

Thursday, December 18, 2008

email from yana :))

kepada bakal2 suami dan suami

tidak lupa jugak kepada isteri2 dan bakal2 isteri..

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter.Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambatsetengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suamiberjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj.Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad nitersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoqlena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapibila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampailewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau,merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni punnekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlahubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buatbaik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yangkonon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sanaada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai katperigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter diabangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesaduduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyikteringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia takboleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh taksaya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong punaku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malamni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buangbini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tariktali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang danterus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yanglepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali kedalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklahbini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiadaisterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapiusahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini akuni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira.Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukanisterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun akududuk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk.Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindahpergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu.Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!

Thursday, December 4, 2008

email from my fren :)




AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita. Bahaya....!!! Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini. " AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi! BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.