BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kalo kamu kawan sayer,klik2 la hokey

Showing posts with label live. Show all posts
Showing posts with label live. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

.....

assalamualaikum...


huh!nak tulis ape ni.toing~toing~toing~


sekarang dah pun bulan September..cepatnya ms berlalu meninggalkan kita kan.


dan s e m b i l a n b u l a n yang meninggalkan sy penuh dengan dugaan dan cabaran


tawa berganti duka, hilaian tawa berganti sendu air mata

bak kata orang hidup ibarat roda


ada masa kita di atas dan kita tidak selamanya berada di bawah

dan saya menunggu dengan penuh harapan

akan tiba pula masa saya berada di atas


berdoa dan akan terus berdoa


bersabar dan akan terus bersabar


dan terus mendoakan kebahagiaan


mereka mereka...

Wednesday, May 18, 2011

dot..dot..dot..




"k e s e d i h a n d a n k e m u r u n g a n

l e b i h b e r b a h a y a

d a r i p a d a p e n y a k i t f i z i k a l
"





Tuesday, February 1, 2011

apo kono ngan gue today..

waduh...waduh...
hu3..ape jadi ngan sy ari neh ha?
bermula dgn pagi yg tah pape.
pg2 da bangun lambat.
lambat sgt plak tuh
camno bley xsedar neh
bila da lambat ofkos la punchcard merah
tp xperla...bkn slalu kan.kui3
okey!abes bab tu..
.
.
pastu gi keje..bt keje..pewot lapar..
abg megat ajak gi mkn
bejalan..bejalan..dan bejalan
tetiba 'arghhhhhhhhh'
he3..hampir2 terlentang kat kantin.
seb bek umoq panjang..xsempat nak jatuh.he3
okey!abes bab tu...
.
.
ermmmm..nak mkn ape ek?
nasi lemak jek yg ade
isi nasi dlm pinggan..
isi sambal..
pastu ketung!!!
sudu sambal jatuh..
aiyooo...ape kene neh ngan NORMA ADRINA????
ermmm..mmg ade yg xkene today kot..
.
.
hati berdebar..jantung berdegup kencang..tangan menggigil..
.
.
...SERAM...
.
.
takot pada hati yg xboley terima kenyataan~
.
.
.

.
.
p/s:semalam ngan ari neh cuaca sgt baik.tp panas sgt lor~
mkn2 eskrem sesorang~

Tuesday, January 11, 2011

teringinkembalikezamansilam

~assalamualaikum~
.
.
zaman silam yg sy maksudkan tu...zaman kanak2 sy lah~zaman kanak2 yg sgt2 nakal~sgt2 degil~sgt2 dan tersangatla indah~
.
.
boley x mau kembali ke zaman itu lagi?pinjam poket doremon la(haish!sgt tepengaruh dgn itu citer katun)...he3
.
.
**dulu ms kecik2 paksa my mom belikan patung doremon.pastu tiap2 mlm sebelum tdo mtk doa suh idopkan doremon tu utk sy.bila bangun pg tengok doremon mase xidop2.nanges2 memberontak..pengaruh citer katun.bl da besar..da pandai berfikir..rase bodoh sgt.he3
.
.
.
.
skang suda meniti usia 26 tahun(lagi sebulan okey!)
hati teringin..hati mau..hati nak (lg aper?) dan nak sgt2 kembali ke zaman itu..
sbb ape...sbb ape...sbb...
.
.
.
1.masa kecik2 dulu xde ape yg perlu dipikekan.pike main..main..main..
..
2.bila da umur 5tahun,masuk tadika.jumpa kwn2 baru..
.
3.bila umur 7tahun,masuk darjah 1.
.
sampai la abes skola tingkatan 5.masalah2 yg ade hanya yg ciput2 ajerk dan tidak membebankan kepala otak neh.hanya raser tebeban bila tiba time exam.mmg sgt2 tebeban sbb malas nak baca buku.pastu time exam mesti xdpt tgok TV.ggrrrr....
.
.
skang da keje..da mcm2 kene hadapi..
.
.
dan di saat ini juga sedang mencari jalan keluar.
.
.
sy sesat..sesat dan tidak jumpa jln keluar
.
.
berdoa tetap berdoa tanpa henti
.
.
harap tidak tersesat jauh.
.
.
sy JATUH...skang berusaha utk BANGUN sendiri..
.
.
mase blm kuat..mase mencari kekuatan..
.
.
lama lg kah idop ini..
.
.
sgt SAKIT
.
Tuhan..TOLONGLA...
.
.
:(
.
.


Monday, December 27, 2010

selamat hari selasa:)

assalamualaikum...
...
..
.
"semoga dipermudahkan segala urusan...dunia dan akhirat...amin"
.
..
...
wassalam

Sunday, December 5, 2010

(^-^)

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diujil

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Sunday, October 31, 2010

amin...


ya ALLAH

beri aku kekuatan

beri aku keyakinan

beri aku petunjuk

beri aku jawapan

ya ALLAH

tabahkanla hatiku dlm melayari dugaan ini

jgn biarkan aku meratapi kekecewaan itu

]jgn biarkan aku menjadi insan yang lemah

ya ALLAH

tolongla hambaMu yang lemah ini

amin

Saturday, October 30, 2010

TAHNIAH!!!

akhirnya KLATE menang 2-1

TAHNIAH


walopun sy xmengikuti perlawanan akhir tersebut semalam

melalui kaca TV mahupun secara LIVE

tp 

besar juga harapan agar KLATE menang

walopon my mom n dad xmenyokong KLATE

(my mom=klate murtad.ha3)

JUMAAT yg lepas dpt sy tgok berpuluh2 bahkan mungkin

beratus kenderaan

dengan masing2 di kereta dgn bangganya berkibar bendera KLATE

menuju ke KL utk menyaksikan perlawanan akhir di SBJ.

dan hari ini sekali lagi dpt melihat berpusu2 kereta

dr KL-KLATE

tp dlm kedaan berbeza

meriah dgn HON dan sorakan di sepanjang jalan

wahhhh..gembira sungguh

bangga dan berbaloi dtg dari jauh mungkin.

he3

apepon TAHNIAH n yg mase dlm perjalanan

jgnla terlalu gembira sehingga mengabaikan keselamatan.

yang tersayang menanti anda di rumah:)

Sunday, October 24, 2010

orang lain pon mcm ni ker?....

suspen x tajuk?hehehe..bla la cik norma..

mesti kamu sumer tertanya2 kan ape yg sy maksudkan,,ups!!..kamu sumer??ade ker org bace blog aku neh?perasan lagi..hahahaha..lau xder pon xperla..lau ader,sila la bekongsi besamer2 sy yup!!begini kisahnya...

..................

.............

........

.....

...

.

tau x...sy xsuke denga lagu

'aku bukan superman'

dr kumpulan

"the lucky laki"

owh adik the lucky laki,jika kamu m'bc tulisan kakak,jgn marah yerk.he3...bukan slh dorang pon sy jd begitu..tp salah laki2 dewasa yg juga m'gemari lagu itu.

siapa dia?biarla rasie..wokeh!dulu ,suke amat ngan lagu tu.siap wat caller ringtone.kat opis pun asyik ulang2 lagu sama sampai ma fren MEGAT ckp 'nek muntah' da denga.ha3!!!tp lagu tu gak mengingatkan sy pada sesuatu..mengingatkan sy pada seseorang........dan............mengingatkan sy pada PENDERITAAN yg pernah sy lalui..

so,dgn itu lagu itu telah di blacklist oleh sy.langsung xley denga lagu tu.hahaha...cian kat ma opismate sbb lagu tu diharamkan kat opis.suke hati jek kan nak m'haramkan benda yg xharam..tp xper...kwn2 sy itu sgt memahami..THANKS

gimana plak dgn korang?ade kes cam sy???

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuase:)

selamat berpuasa to all ma frens yg berada di mana saje.

bersama2 la kita manfaatkan bulan yg penuh mulia ini

yg datangnya hanya sekali dlm setahun.mn la tau

tahun depan kita xsempat utk meyambut kedatangannya lagi.

"renung2kan...selamat beramal"

Wednesday, February 24, 2010

25 februari 2010


 ~ a w a y ~ 

Monday, December 21, 2009

........

xtau apekah tajuk sesuai.

N O W :

ati sgt xtenang

jiwa sgt x tenteram

air mata cam nak kua laju2

kepala otak cam nak jek cabut2.(erk!ble ke)

wawawawawawa

-SEKIAN-

Wednesday, November 4, 2009

??????????????

.
.
.
Masa depan yang cerah
selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, 
kam
u tidak dapat hidup terus dengan baik
jika kamu tidak melupakan kegagalan 
da
n sakit hati di masa lalu.
.
.
.
THE END

Tuesday, November 3, 2009

:(

H.A.T.I

M.E.N.A.N.A.N.G.I.S

T.A.K

S.I.A.P.A

T.A.H.U....

:(


Sunday, November 1, 2009

Untuk Semua..

PEGANGLA API BILA TERINGATKAN ZINA

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya. 


Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.'' 

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini." 

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu. 


Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Friday, January 30, 2009

2hari 2mlm:)

spt yg dijanjikan,mr.bofren dtg lg ke raub utk m'jalani poses 'dating'.ha3!!!2h2m jerk..mcm xcukup.tp ok la dr xdating langsung kan.btl2 abeskan ms besama2.ops!jgn slh phm lak..abeskan ms di siang ari sehgg sblm tdo jek hokey!he3...ms yg terhad,aktiviti pun terhad la.hu3..sempat mandi manda di lata jarum..jln2 di kuantan..itu ajerk.hu3


-wit nadira-

-wit him-


slps lalui ari2 indah dlm idup..dtg pula rs sakit yg amat.slps ajek mr.bofren blk,tetiba jek demam melanda.bkn demam semata2..tp diiringi sakit seluruh badan.xtetanggung rsnya..risau dijangkiti demam 'C'..dipakse perenku ke klinik.alhamdulillah hanya demam bese.dan sakit2 yg dialami disebabkan panas dlm yg melampau.sehingga ari ini pon,blm sihat sempurna.tp xselesa rsnya dok baring ajek tanpa bebuat ape2..so,gagahkan diri m'update blog neh.he3..yup!sy maseh mampu utk 'he3'..semoga sy cpt sembuh agar dpt lalui ari2 m'dtg spt sediakala.amin...






...


lagi 26 hari,genapla umur sy 24tahun...dan selama 24 tahun ini,mcm2 perkare yg da sy lalui.suka,duka,pahit,manis..dan makin menginjak dewasa,makin banyak perkara yg sy pelajari.yg paling m'gamit perhatian,paling menyentap jiwa,paling tekesan dlm ati ni adalah mengenai hal ini..hal ini???xbolela sy terlalu detail di sini.risau jugak kalau2 m'cetuskan kemarahan org lain @ org2 yg berkenaan.:p..tapi ape yg bole sy katakan,nape ade org bole bergembira di ats kesusahan & kesengsaraan org lain.org bergembira ini pula disokong olh org2 yg selama ini jika berada di dlm kesusahan m'cari "org2 yg beduka" sekarang ini di ats kegembiraan mereka..jika dulu "org2 yg beduka" skang ni m'jadi p'dengar setia.tp skang bl "org2 beduka" ini cuba meluah rs ati,dibalas pula dgn cemuhan.wahai manusia,kamu lupa ke ape yg penah tejadi dulu?ape yg penah kamu katakan dulu??inila manusia..mudah lupa..teramatla mudah "org2 yg berduka" m'hulur bantuan,m'hulur simpati..tp tergamak manusia2 yg mudah lupa ini m'bls dgn pebuatan yg meluluhkan ati & perasaan..di mana perikemanusiaan mereka?arghhh!!mereka mmg tdk b'perikemanusiaan..KEJAM..slhkah "org2 yg berduka" jika benci menyelubungi ati??..idup xkan aman jika idup skang hasil dr duka org sekeliling..