BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kalo kamu kawan sayer,klik2 la hokey

Monday, November 30, 2009

fevret song:)

khatimah cinta

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Sunday, November 29, 2009

TAHNIAH II

Sape dia??

1 OF MA BESFREN SINCE 1992.

I Love her so much.

"Syarina oii,kwn kite sorg ni da kwen.kite bl plak?he3"

sgt2 hepi dpt m'hadirkan diri ke majlis yg penuh bermakna ini walopon xdpt begambo besame n hanya dpt snap pict dr jauh,tp tetap gembira.gembira melihat dia gembira.gembira melihat dia bahagia.

apepun,semoga ADA dan PASANGAN bahagia,sentiasa bahagia,dan bahagia hgg ke akhir hayat.amin..


TAHNIAH I

TAHNIAH utk 2org kwn sy neh:

AZAZURAINEY&WAHIDA.

majlis keduanya jatuh pd hari yg sama.seb bek sempat pegi dua2 majlis.

...

..

.

SELAMAT BERTUNANG to AZA dan PASANGAN.semoga pertunangan ini diakhiri dgn ikatan yg lebih suci.amin..


SELAMAT PENGANTIN BARU to WAHIDA dan PASANGANnya.semoga perkahwinan ini membawa penuh bahagia dan semoga bahagia itu berkekalan hgg akhir hayat.amin..


Thursday, November 26, 2009

O.T.W


Skang jam menunjukkan kul 5.20 ptg.sy dan family masih lg terperangkap dlm jln yg betul2 jammed neh.aduh,sakit jiwa dan raga woo mcm ni.kete gerak 15minit sekali.so,kol bape mau sampai?abes keras urat saraf.hu3..xpe2.yg penting sampai dgn selamat.seb bek ade celcom bodben ni.xsangka line clear lak tgah2 hutan neh.he3

Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha:)


esok sumer umat Islam di seluruh dunia akan meraikan kedatangan aidiladha dan tahun ini kami sefamili akan beraya di kg ibu tersayang;KELANTAN darul naim.jap2 lagi kami sume akan bertolak balik kg dan semestinya insan2 tersayang sudah tidak sabar ketemu kami.he3..HARI RAYA KORBAN di negeri Cik Siti Wan Kembang  ni sgtla  meriah.sbb tu kami adik beradik lebih suke berAidilAdha di sane:)kebetulan banjir pun sudah beransur pulih dan hujan pun tidakla terlalu kerap spt bese.apepun meh nak buat ckit ucapan:

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat sumer kawan2.makan daging tu beringat2 la ek.he3.bagi yg bakal melangsungkan perkahwinan dan pertunangan,TAHNIAH diucapkan.bagi yg akan memandu pulang ke kampung,pandula berhati2.PANDU CERMAT,JIWA SELAMAT!

Sunday, November 8, 2009

aku wanita


sy NORMA ADRINA dilahirkan sbg PEREMPUAN di muka bumi milik Allah Taala ini.
dan sekarang sy sudah layak digelar wanita(mungkin) sbg menyambut kedatangan ulangtahun yg ke 25 beberapa bulan lagi.syukur Allah Taala masih memberi saya nafas utk terus berada di muka bumi ini utk menikmati kehidupan sy bersama org2 yg saya sayangi dan menikmati segala yg diberiNya.semoga sy juga sempat dan akan merasai kemanisan2 lain yg belum pernah sy kecapi.emmm...antaranya tentula PERKAHWINAN.membina mahligai PERKAHWINAN diibaratkan spt membina sebuah MASJID bukan?

ape yg sy harapkan dlm kehidupan sy yg peluangnya hanya sekali ini?


sy mengharapkan hidup sy gembira,selesa,selamat dunia akhirat dan mcm2 lg spt yg diimpikan wanita2 lain juga.sy tidak mahu disakiti,sy tidak mahu dikhianti,sy xmahu dibenci.sy mahu disayangi tp tdk mahu berlebey2.sy mahu di cintai dan mahu mencintai.saya mencitai Allah swt,sy mencintai Rasul,sy mencitai ibubapa,sy mencintai manusia lain yg juga mencintai sy.tp cinta pd manusia xbole la berlebey2 bukan?dan tidak mungkin kt mencintai 2 @ 3 manusia dlm 1 ms bukan?yup!sy juga mahu kuat dlm menempuh kehidupan sy yang ntah berapa lama lagi.tidak pula mahu mensia2kan...
saya bertuah mempunyai sebuah institusi keluarga yg kukuh & bahagia,ibubapa yg memahami,adik2 yg saling menyayangi,kwn2 yg baik hati dan selalu menghiburkan hati ini di saat sy berduka..bersyukur dgn rezeki yg diberiNya.

ALHAMDULiLLAH:)


harapan terakhir sy(mungkin kot),semoga sy tabah menghadapi dugaan dan segala rintangan hidup ini yg kadang2 terlalu berat sehingga mencabar keimanan sy.tp sy percaya,dugaan dan cabaran yg saya hadapi ini adalah yg diberi oleh Allah setakat kemampuan sy utk menerima dan mengatasinya.sy percaya,dugaan2 ini membuat sy lebey matang dlm menjalani kehidupan dan diri ini lebey dekat dgnNya.


KAWAN2,


bantula sy di saat sy jatuh,fahamila diri sy di saat sy minta utk difahami,lindungila sy dr kejahatan jin dan manusia,tegurla sy jika diri ini tlh melakukan kesilapan dan sama2 la kt membina kehidupan yg penuh bahagia.

TERIMA KASIH.


"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan iman dalam melayari bahtera kehidupan,jauhilah aku dari godaan jin dan syaitan dan berilah petunjuk pd aku bl aku berada dalam kegelapan"amin..

(^-^)

Wednesday, November 4, 2009

??????????????

.
.
.
Masa depan yang cerah
selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, 
kam
u tidak dapat hidup terus dengan baik
jika kamu tidak melupakan kegagalan 
da
n sakit hati di masa lalu.
.
.
.
THE END

Tuesday, November 3, 2009

:(

H.A.T.I

M.E.N.A.N.A.N.G.I.S

T.A.K

S.I.A.P.A

T.A.H.U....

:(


Sunday, November 1, 2009

CINTA

'cinta tidak semestinya bersama jodoh
tetapi jodoh sentiasa bersama cinta'
.
.


sgt merindui dirinya..

da lama xciter bout our relationship.hmmm

1st of ol,ALHAMDULILLAH kerana hubungan ini maseh bertahan hgg ke saat ini.semoga,selagi diri ini masih bernyawa,selagi itula hubungan ini terus mekar..6SEPTEMBER lalu,genapla 3thn hub kami.dan sepanjang tempoh itu,pelbagai dugaan dan rintangan yg harus kami tempuhi.sy hampir2 mengalah,tp syukurla Allah swt beri sy kekuatan dan berikan sy lelaki yg sgt2 penyabar dan sentiasa memaafkan.mungkin sbb tu la hub kami masih bertahan sehingga ari ini.

to all ma frens,doakanla perhubungan kami berakhir dgn ikatan yg SUCI..sesungguhnya sy amat menyayangi perhubungan yg telah lama terjalin ini.

and to him:

i love u so much.sama2 la kita berdoa agar hubungan yg kita bina ini berkekalan selama2nya.thanx sbb hadir dlm hidup sy,mendorong sy,dan membimbing sy.semoga Allah memberkati hub kita.amin...

Untuk Semua..

PEGANGLA API BILA TERINGATKAN ZINA

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya. 


Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.'' 

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini." 

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu. 


Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."